🎉 Join us with our Mid-Year Celebration! 🎉 As we reach the midpoint of the…
Seiring dengan perkembangan industri, semakin banyak air buangan yang mengandungi pelbagai bahan tercemar dilepaskan ke dalam sungai. Keadaan ini menyebabkan sungai mencapai had jumlah beban yang boleh ditampung, sekali gus membawa kepada pencemaran serius. Hakikatnya, inilah situasi yang sedang kita hadapi pada masa kini. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kaedah pengawalan yang berasaskan kepekatan bahan pencemar efluen atau air buangan daripada punca individu (kilang, loji rawatan kumbahan, dsb.) yang dilepaskan ke dalam sungai tidak lagi berupaya mengawal pencemaran sungai memandangkan kaedah ini tidak boleh mengambil kira kesan kumulatif yang datang dari pelbagai punca pencemaran sama ada punca tetap (Point Source) atau punca tidak tetap (Non-Point Source) seperti aktiviti perlombongan, perladangan dan ternakan haiwan (Baca Lebih Lanjut). Sebagai Langkah kawalan pencemaran air yang lebih komprehensif, Jumlah Maksimum Beban Harian atau “Total Maximum Daily Load” (TMDL) telah dilihat sebagai kaedah yang terbaik untuk digunakan pada hari ini. Dibawah merupakan sebab dan perbezaan diantara kedua-dua kaedah ini:
Kesimpulannya, aplikasi kepada kaedah Jumlah Maksimum Beban Harian (TMDL) adalah lebih berkesan berbanding kaedah kawalan kepekatan efluen individu kerana ia menilai jumlah sebenar beban pencemar yang boleh ditampung oleh sungai di samping mengambil kira semua jenis punca pencemaran. Pendekatan ini juga dapat memastikan kualiti air sungai kekal terpelihara atau dipulihkan ke tahap yang dikehendaki. Selain itu, Kaedah Jumlah Maksimum Beban Harian (TMDL) lebih sesuai untuk pengurusan bersepadu lembangan sungai berbanding hanya bergantung kepada kawalan pelepasan infividu semata-mata. Bukan itu sahaja, kaedah ini turut membahagikan had pelepasan efluen atau air buangan bagi setiap industri supaya jumlah keseluruhan pelepasan tidak melebihi kapasiti yang boleh ditampung oleh sungai. Oleh itu, industri perlu lebih proaktif dalam melaksanakan kawalan pencemaran berasaskan Kaedah Jumlah Maksimum Beban Harian (TMDL) demi memastikan kelestrian alam sekitar serta memelihara sumber air untuk generasi akan datang.